PETALING JAYA: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup satu lorong masuk di Plaza Tol Persimpangan Putra Mahkota, Lebuhraya Utara-Selatan bermula 23 Ogos ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penambahbaikan turapan jalan. PLUS dalam kenyataan berkata, penutupan yang melibatkan lencongan laluan kenderaan berat ke plaza tol berhampiran itu akan bermula pada pukul 10 malam, 23 Ogos hingga 2 petang, 24 Ogos ini di Kilometer (KM) 289.00 lebuh raya berkenaan. Katanya, langkah…