PETALING JAYA: Tarikh bersejarah 31 Ogos 1957 bukan sahaja perlu disambut sebagai hari perayaan, tetapi juga ruang untuk menilai dan memperbaharui komitmen terhadap idea serta cita-cita penubuhan negara. Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, tarikh itu juga adalah detik pembebasan daripada belenggu penjajahan serta penzahiran cita-cita luhur generasi pengasas negara yang meletakkan asas kukuh berteraskan Perlembagaan Persekutuan. “Sambutan Hari Kemerdekaan negara wajar dijadikan wadah untuk kita berhenti sejenak,…