Quartararo akui mampu tandingi Marquez

Quartararo akui mampu tandingi Marquez

Pelumba MotoGP pasukan Monster Energy Yamaha, Fabio Quartararo dari Perancis meraikan kejayaan di atas podium selepas menamatkan perlumbaan pecut di tempat ketiga pada Grand Prix Motosikal Jerman di Litar Sachsenring, Bulan lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRNO: Pelumba Yamaha, Fabio Quartararo mengakui Marc Marquez sukar dikalahkan bagi sesetengah keadaan dalam MotoGP tetapi percaya jika menggunakan jentera yang setara, dia berpotensi untuk memberi tentangan.

Memenangi kejuaraan dunia pada 2021, Quartararo kekal sebagai salah seorang pelumba paling berbakat di grid walaupun prestasi Yamaha merosot apabila dia berjaya mencatat empat petak utama dan dua podium setakat musim 2025.

“Dalam keadaan luar biasa, dia hampir tidak boleh dikalahkan, tetapi dalam keadaan kering kami boleh memberi masalah kepadanya. Daripada segi kelajuan tulen, saya mempunyai potensi untuk menjadi sangat laju,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai Marquez, Quartararo mengakui ketika ini juara dunia enam kali itu berada di kelas tersendiri malah kedudukannya sukar digugat.

“Apabila saya bercakap tentang dia, saya bukan untuk nampak bagus atau buruk. Saya rasa tiada siapa setaraf dengan Marquez ketika ini dan saya bukan hanya merujuk sekarang tetapi dalam 10 tahun terakhir ini.

“Ia dalam semua keadaan, basah, kering, dengan satu lengan cedera teruk, dengan yang lain… dia tetap laju dalam semua situasi dan menjadi contoh kerana ada perkara yang sukar untuk saya, seperti apabila ada tompokan kelembapan,” katanya.

Selepas 12 pusingan, Marquez mendahului kejuaraan mengatasi pencabar terdekat juga adiknya, Alex Marquez dengan kelebihan 120 mata selepas memenangi lapan grand prix (GP) dan 11 perlumbaan pecut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN