Polis jejak dua rakan didakwa khianat Eda Ezrin - Utusan Malaysia

Polis jejak dua rakan didakwa khianat Eda Ezrin

MOHD.Yusoff Mamat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis Kelantan giat menjejak dua rakan yang didakwa melakukan perbuatan khianat ke atas penyanyi Bea Sobar Bea Eda Ezrin suami bersama empat rakan yang dibebaskan daripada pertuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda dari Penjara Wilayah Narathiwat, Thailand pada Rabu lalu.

Ketua Polis negeri Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, maklumat tersebut hasil kenyataan yang diberikan selepas kesemua mereka ditahan sebaik sahaja masuk ke negeri ini.

Menurutnya, semasa soal siasat yang dilakukan pada Khamis dan Jumaat, kesemua mereka memberikan kenyataan yang konsisten.

“Eda Ezrin, suami dan empat lagi tidak mengaku diatas tuduhan memiliki dadah dan mendakwa telah dianiayai oleh dua individu terbabit yang merupakan rakan mereka.

“Dua individu yang dimaksudkan itu ialah seorang lelaki dan wanita. Eda Ezrin, suami dan empat rakan hanya disabitkan kesalahan atas penyalahgunaan dadah selepas ujian air kencing mendapati mereka semua positif serta menjalani penjara tiga bulan atas kesalahan terbabit,” katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Mohd. Yusoff memberitahu, semakan mendapati kedua-dua individu tersebut sudah berada dalam senarai pemerhatian polis.

Katanya, beliau percaya kedua-dua suspek itu masih berada di Kelantan dan usaha menjejak mereka sedang giat dijalankan.

“Polis Kelantan juga akan memanggil kembali Eda Ezrin serta suami dan empat rakan jika diperlukan,” ujarnya

Utusan Malaysia 6 Ogos lalu melaporkan, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, suami bersama empat rakan dibebaskan sepenuhnya dari tahanan Penjara Pusat Wilayah Narathiwat.

Pembebasan mereka dibuat selepas mahkamah menolak permohonan pendakwa raya untuk menyambung tempoh mengemukakan rayuan buat kali keenam.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN