JOHOR BAHRU: Penganggur dipenjara lima tahun dan enam kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana membakar lori tunda Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Jumaat lalu. Keputusan itu dibuat Hakim Thalha Bachok @ Embok Mok selepas tertuduh, Wan Muhammad Nasrul W. Ahmad, 31, mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan dibacakan terhadapnya. Berdasarkan pertuduhan pindaan, dia didakwa melakukan khianat menggunakan petrol dengan niat mengakibatkan kebinasaan dengan cara membakar lori tunda…