Terengganu tersungkur di gelanggang sendiri

Terengganu tersungkur di gelanggang sendiri

PASUKAN Sabah meraikan jaringan ketika bertemu Terengganu FC (TFC) dalam saingan Liga Super 2025 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Dua jaringan Adjin Mujagic pada babak kedua perlawanan memastikan Sabah membawa pulang  tiga mata selepas menundukkan Terengganu FC (TFC) 3-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di sini, malam ini.

Dalam aksi terakhir pusingan pertama liga itu, Sabah bangkit selepas ketinggalan menerusi jaringan penyerang TFC,  Akhyar Rashid pada minit ke-34 namun tandukan Fergus Tierney di hujung babak pertama permainan menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1 ketika menuju bilik persalinan.

Memasuki separuh masa kedua, Sang Badak meneruskan tekanan ke atas pasukan tuan rumah dan usaha itu berhasil apabila Adjin Mujagic menanduk masuk hantaran lintang Tierney pada minit ke-73.

Mujagic memastikan Sabah pulang bergaya apabila menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-88 bagi melengkapkan kemenangan 3-1 Sang Badak.

Keputusan itu menyaksikan TFC kekal di tangga kelima dengan mengumpul 18 mata daripada 12 perlawanan manakala Sabah di tangga kelapan dengan 13 mata. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN