PETALING JAYA: Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) membantah tindakan tergesa-gesa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming yang mahu membawa Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU PSB) 2025 untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat, minggu depan. Timbalan Ketua DPPM, Mohd. Hafez Sabri berkata, langkah itu bukan sahaja membelakangi suara rakyat, malah mengabaikan pandangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JKPK) Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi serta sebahagian Ahli Parlimen kerajaan…