Pembangkang ada 'game plan' lebih baik untuk Malaysia - Hamzah

Pembangkang ada ‘game plan’ lebih baik untuk Malaysia – Hamzah

HAMZAH ZAINUDIN - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) mendakwa mempunyai ‘game plan’ yang lebih baik dalam membangunkan ekonomi negara.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, PN melihat sesuatu Rancangan Malaysia itu sebagai peluang untuk membesarkan kek ekonomi negara dengan melihat kepada sektor-sektor strategik.

Jelasnya, persekitaran ekonomi yang segar, dinamik dan bertenaga mampu diwujudkan sekiranya pemimpin mempunyai keberanian politik untuk menyusun semula keutamaan negara, mengamalkan disiplin fiskal yang bertanggungjawab dan mengembangkan asas hasil negara secara mampan dan strategik.

“Kita mesti menyusun semula keutamaan negara dengan memastikan perbelanjaan yang seimbang antara pembangunan dan kebajikan, menamatkan dasar ekonomi yang berat sebelah, memihak kepada golongan kaya sambil mengabaikan golongan miskin.

“Tumpuan kita mesti beralih kepada pelaburan berimpak tinggi dan membina kapasiti dalam pendidikan, infrastruktur digital dan kemahiran teknikal bagi mempersiapkan belia kita menghadapi masa depan,” katanya ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Larut berkata, fokus perlu diberikan untuk membesarkan pengeluaran makanan negara terutamanya pengeluaran padi, agrikultur, perikanan dan sayur-sayuran dengan menggunakan teknologi-teknologi baharu seperti AI.

Katanya, langkah itu penting agar Malaysia pada akhirnya dapat menjadi pemain utama sebagai negara pengeksport makanan.

“Ini kerana, dalam sektor yang utama seperti pertanian misalnya, kita bergantung kepada import makanan yang besar. Kita mengimport RM75.6 bilion makanan setahun,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN