KUALA LUMPUR: Sekumpulan penduduk flat sekitar ibu negara hari ini menyerahkan memorandum kepada pihak kerajaan sebagai tanda sokongan terhadap Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU PSB). Mereka berpandangan, RUU PSB mampu menjadi mekanisme penting untuk menaik taraf, membaik pulih serta memodenkan kawasan perumahan lama yang sudah uzur selain meningkatkan keselamatan dan keselesaan penduduk. Memorandum itu juga menzahirkan harapan agar RUU PSB memberi jaminan perlindungan sewajarnya kepada pemilik rumah berpendapatan rendah…