KUALA LUMPUR: Langkah kawalan dan penguatkuasaan terhadap aktiviti pindah kapal (transhipment) akan terus diperketat bagi mengelakkan Malaysia dijadikan pusat untuk mengelak tarif tinggi yang dikenakan Amerika Syarikat (AS). Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata, walaupun aktiviti pindah kapal secara asasnya tidak bercanggah dengan undang-undang mana-mana negara kerana ia sebahagian daripada strategi perniagaan global, namun sebarang penyelewengan dalam Sijil Tempasal (Certificate of Origin-COO) bagi tujuan mengelak duti import adalah satu…