Norris teruja bersaing dengan rakan sepasukan

Norris teruja bersaing dengan rakan sepasukan

LANDO NORRIS - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUDAPEST: Lando Norris mengakui dia tidak sabar menantikan lebih banyak aksi mendebarkan berdepan rakan sepasukannya, Oscar Piastri selepas kejayaan 1-2 McLaren di Grand Prix (GP) Hungary, semalam.

Pelumba Britain kini ketinggalan sembilan mata di belakang Piastri dalam perebutan kejuaraan, menamatkan perlumbaan 0.698 saat di hadapan Piastri sekaligus mencatatkan kemenangan ke-200 McLaren dalam Formula Satu (F1) dan kemenangan ke-13 mereka di Hungary.

“Saya penat gila!. Ia memang sukar, kami sebenarnya tidak merancang untuk satu hentian pada awalnya tapi selepas pusingan pertama, itu satu-satunya pilihan untuk kembali dalam persaingan.

“Tugas terakhir sangat mencabar, Oscar makin rapat. Saya terpaksa memandu sepenuh hati, sebab tu suara saya pun dah hilang sikit!,” kata Norris.

Piastri pula kekal dengan strategi dua hentian, memberi kelebihan pada tayarnya, namun di litar Hungaroring yang sempit dan teknikal, dia gagal mencari ruang untuk memotong Norris.

“Saya tak sangka strategi tu boleh beri kemenangan. Saya fikir cukup untuk tempat kedua tapi saya tahu jika saya ada ruang dan boleh menekan mungkin ia menjadi dan itu yang berlaku.

“Ia memang satu perjudian tapi perlukan juga pemanduan tanpa kesilapan, pecutan konsisten, strategi yang baik dan kami ada semua tu hari ini. Saya sangat gembira,” kata Piastri.

Kemenangan itu meletakkan Norris hampir mengejar Piastri selepas musim bersambung semula selepas rehat Ogos namun, dia mengakui persaingan masih terbuka luas.

McLaren kini mendahului Ferrari dengan 299 mata dalam kejuaraan pengeluar menjelang baki 10 perlumbaan musim ini, bermula di GP Belanda pada 31 Ogos.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN