Ngumoha wira Liverpool benam Newcastle

Ngumoha wira Liverpool benam Newcastle

RIO Ngumoha meledak gol kemenangan pada minit akhir untuk membantu The Reds menundukkan Newcastle United 3-2 dalam aksi penuh dramatik di St James’ Park, awal pagi tadi-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEWCASTLE: Pemain muda sensasi Liverpool, Rio Ngumoha muncul wira Liverpool selepas meledak gol kemenangan pada minit akhir untuk membantu The Reds menundukkan Newcastle United 3-2 dalam aksi penuh dramatik di St James’ Park, awal pagi tadi.

Pemain berusia 16 tahun itu hanya dimasukkan pada masa kecederaan, namun tidak menunggu lama untuk mencipta detik ajaib apabila rembatan kencangnya menewaskan pertahanan tuan rumah sekali gus meranapkan harapan Newcastle yang bangkit hebat walaupun beraksi dengan 10 pemain.

Liverpool terlebih dahulu berada di depan menerusi jaringan Ryan Gravenberch pada minit ke-35 sebelum Hugo Ekitike menggandakan kelebihan sebaik separuh masa kedua bermula.

Namun, tuan rumah yang kehilangan Anthony Gordon akibat layangan kad merah pada penghujung babak pertama tidak mengalah.

Bruno Guimaraes merapatkan jurang dengan tandukan pada minit ke-57, sebelum William Osula menyamakan kedudukan minit ke-88 untuk membakar semangat penyokong di St James’ Park.

Ketika ramai menyangka Newcastle mampu mencipta kebangkitan sensasi, Ngumoha tampil dengan sentuhan penyudah penuh bergaya untuk memastikan Liverpool pulang dengan tiga mata berharga sekali gus mengekalkan rekod bersih dua kemenangan daripada dua perlawanan awal liga.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN