Minat bekas kakak ipar untuk dijadikan isteri

Minat bekas kakak ipar untuk dijadikan isteri

korban
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Minat bekas kakak ipar untuk dijadikan isteri

SOALAN
Abang saya meninggal dunia tidak sampai setahun dia berkahwin. Adakah saya boleh mengambil kakak ipar saya sebagai isteri? Adakah ini dibolehkan dalam hukum syarak?

Fadli Yusuf
Ingin tahu

JAWAPAN
Diharuskan berkahwin dengn kakak ipar yang sudah kematian suaminya, jika mahu memperisterikannya setelah tamat iddah. Insya-Allah halal.
Keliru kedudukan
harta wasiat

Keliru kedudukan harta wasiat

SOALAN
Arwah ayah saya ada mewasiatkan harta iaitu membahagikan tanah kepada kami adik beradik. Tapi selepas ayah meninggal dunia ada salah seorang daripada kami tidak bersetuju. Apakah hukumnya dan bagaimana hendak selesaikan?

Ali Sadiqin
Kepong

JAWAPAN
Bahagilah secara faraid dengan dijual tanah tersebut atau dapatkan khidmat guaman untuk penyelesaian.

Qada solat bagi wanita

SOALAN
Bilakah waktu paling afdal menqada solat bagi seorang wanita?

Kartini Isa
Pahang

JAWAPAN
Solat qada bagi wanita yang meninggalkan solat kerana haid adalah waktu terbuka. Maknanya pada bila-bila waktu dia boleh qada tetapi afdalnya adalah bersegera tanpa melengahkannya.

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada s[email protected]

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN