Martin yakin Aprilia mampu cemerlang di GP Hungary

Martin yakin Aprilia mampu cemerlang di GP Hungary

JORGE MARTIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUDAPEST: Juara dunia bertahan, Jorge Martin memberi bayangan kebangkitan selepas muncul pelumba Aprilia terpantas pada sesi latihan di Litar Balaton Park menjelang Grand Prix (GP) Hungary semalam.

Pelumba Sepanyol itu hanya dipisahkan 0.001 saat (s) daripada Fabio Quartararo sekali gus hampir menempah slot automatik ke pusingan kelayakan kedua (Q2).

“Tidak, saya tidak menyesal. Sudah tentu saya mahu masuk Q2 tetapi saya sudah beri yang terbaik hari ini (kelmarin). 

“Hari ini rasa memang luar biasa, kami tidak usik set-up motosikal. anya beri tumpuan pada gearbox untuk trek baharu ini dan arah tuju kami semakin baik,” kata Martin.

Martin menegaskan dia kini jauh lebih selesa berbanding di Austria dan sudah mampu menunggang sendirian dengan rentak yang konsisten.

“Saya rasa lebih kuat dari segi kelajuan, walaupun pusingan pantas masih belum cukup berani untuk menekan sepenuhnya, tapi tidak lama lagi kami mampu bertarung,” tegasnya.

Sebaliknya, rakan sepasukan Marco Bezzecchi yang berada di kedudukan keempat dunia bergelut untuk mencari keserasian apabila jatuh ke tangga ke-12 pada sesi petang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN