KUALA LUMPUR: Majikan yang gagal mematuhi Perintah Gaji Minimum 2024 boleh dikenakan hukuman berat termasuk denda sehingga RM20,000 atau penjara sehingga lima tahun sekiranya mengulangi kesalahan. Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732), beberapa penalti telah diperuntukkan mengikut tahap kesalahan majikan. “Bagi kesalahan pertama, majikan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap pekerja. Bagi kesalahan berulang pula, dendanya boleh…