Lelaki hilang ketika cari sayur dijumpai meninggal dunia

Lelaki hilang ketika cari sayur dijumpai meninggal dunia

MAYAT lelaki yang hilang selepas keluar mencari sayur ketika dibawa keluar dari kawasan semak pada jarak kira-kira radius 50 meter dari Pusat Kawalan Operasi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIRI: Lelaki yang hilang ketika mencari sayur di kawasan hutan berhampiran Terminal Bas Miri semalam, dijumpai meninggal dunia sebentar tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata mayat mangsa berusia 44 tahun itu dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira pukul 3.34 petang.

“Mayat mangsa dijumpai dalam radius 50 meter dari Pusat Kawalan Operasi,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah mangsa disahkan meninggal dunia oleh paramedik dan seterusnya diserahkan kepada polis untuk dibawa ke Hospital Miri.

Terdahulu, mangsa dilaporkan hilang kira-kira pukul 11.30 pagi semalam oleh adiknya, setelah tidak balik ke rumah selepas keluar seorang diri mencari sayur di kawasan hutan berhampiran Terminal Bas Miri kelmarin.

Sebelum itu, kira-kira pukul 8.30 malam kelmarin, mangsa juga telah menghubungi ahli keluarganya supaya mengambilnya di tempat berkenaan.

Bagaimanapun apabila ahli keluarganya sampai dan mencarinya di sekitar kawasan hutan tersebut, mereka tidak menjumpai mangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN