Dua kanak-kanak perempuan 5 tahun hilang hampir 24 jam dijumpai selamat

Dua kanak-kanak perempuan 5 tahun hilang hampir 24 jam dijumpai selamat

Kedua-dua mangsa dijumpai selamat pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Dua kanak-kanak berusia lima tahun ditemukan selamat setelah kira-kira 24 jam hilang di Kampung Pasir Pandak.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata kedua-dua kanak-kanak perempuan itu dijumpai oleh penduduk kampung kira-kira pukul 9.05 pagi tadi.

“Kedua-dua mangsa dijumpai selamat oleh penduduk kampung di lokasi Batu Gelingan berhampiran pantai dengan jarak satu kilometer dari Pusat Kawalan Operasi,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kedua-dua mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Umum Sarawak bagi pemeriksaan lanjut.

Terdahulu, kedua-dua mangsa dilaporkan keluar kira-kira pukul 9 pagi semalam menuju ke rumah nenek mereka yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah untuk bermain bersama sepupu.

Bagaimanapun kira-kira pukul 11 pagi, bapa kepada salah seorang mangsa menyedari bahawa kedua-duanya tidak berada di lokasi permainan.

Usaha pencarian awal telah dilakukan oleh keluarga di sekitar kawasan kampung namun mereka masih gagal ditemui.

Susulan itu, laporan polis dibuat mengenai kehilangan mangsa, dengan operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera digerakkan namun masih gagal menjumpai mangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN