KRW fokus aksi pertama Liga A1

KRW fokus aksi pertama Liga A1

IRFAN BAKTI SALIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kelantan Red Warriors (KRW) kini boleh memberi tumpuan sepenuhnya dalam aksi Liga A1 Semi Pro selepas bebas daripada sebarang sekatan oleh Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Pengendalinya, Irfan Bakti Abu Salim berkata, berita gembira itu disambut baik oleh barisan pemain dan pegawai pasukan selepas berdepan dilema tidak boleh beraksi dalam saingan kedua tertinggi Liga Malaysia (Liga M) itu.

Katanya, keputusan itu juga menyuntik semula semangat dan moral pemain yang sebelum ini terjejas selepas memikirkan nasib mereka sekiranya pasukan tidak dibenarkan beraksi di liga A1 Semi Pro musim 2025/2026.

“Pada mulanya moral pemain jatuh selepas FIFA mengenakan syarat yang menghalang kami bermain. Namun, selepas membuktikan segala-galanya, kami dibenarkan untuk beraksi semula di Liga A1.

“Terima kasih kepada pihak pengurusan baharu yang mengambil alih dan menyelamatkan KRW dan merealisasikan impian pemain dan juga peminat di Kelantan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

KRW yang beraksi Liga A1 kini sudah bersedia selepas hampir dua bulan menjalani persiapan termasuk beberapa aksi persahabatan di Kuala Lumpur dan Melaka.

Skuad itu akan membuka tirai saingan menentang UM Damansara pada 22 Ogos ini di laman sendiri selepas dua aksi awal ditangguhkan susulan menunggu keputusan FIFA.

Mengulas pertemuan tersebut, Irfan menegaskan semua pasukan di Liga A1 memiliki kualiti tersendiri dan tidak boleh dipandang mudah.

“UM Damansara dibarisi ramai pemain muda berpotensi, terutamanya dari Selangor. Setiap perlawanan perlu dihadapi dengan serius,” tegasnya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN