Kongres kesatuan guru yakin keadilan untuk Zara Qairina

Kongres kesatuan guru yakin keadilan untuk Zara Qairina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KONGRES Kesatuan Guru Dalam Perkhidmatan Perguruan (KONGRES) mengikuti rapat isu kematian kes Zara Qairina Mahathir dan meminta semua pihak memberikan ruang yang seluasnya kepada pihak penguasa khususnya pihak PDRM untuk melakukan siasatan terperinci dan telus.

Pihak Kongres menasihati semua pihak khususnya warga maya supaya berhenti mencetuskan pelbagai teori dan menyebarkan spekulasi tidak berasas berkait kematian pelajar berusia 13 tahun itu melalui media sosial kerana ini mengganggu proses siasatan, malah berpotensi mencemarkan imej serta maruah mangsa dan keluarganya.

Kami juga menyokong proses penegakan keadilan kepada keluarga mangsa dan berharap ia ditangani dengan sebaik- baiknya. Semua pihak perlu memberikan kepercayaan kepada proses tersebut dan tidak menimbulkan apa- apa kekeliruan dan polimik.

KONGRES menggesa semua pihak agar tidak menyebarkan maklumat palsu berkaitan kematian Zara Qairina supaya tidak mengganggu proses siasatan serta memastikan emosi para guru, murid- murid dan warga sekolah dalam keadaan baik dan sejahtera.

KONGRES bersama- sama dengan Kementerian Pendidikan menolak segala bentuk perlakuan buli di sekolah dan tidak berkompromi terhadap isu tersebut.

Akhir sekali pihak kami pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa siasatan yang adil dan saksama buat keluarga mangsa dan pada masa yang sama menyeru semua pihak menangani isu ini dengan waras dan rasional tanpa dipenuhi dengan sentimen dan emosi.

Pihak KONGRES meyakini negara ini adalah negara hukum yang berdiri atas prinsip Rukun Negara “Keluhuran Perlembagaan” dan “Kedaulatan Undang- Undang”.

Sepatutnya semua pihak mengambil sikap terbuka supaya siasatan dapat dijalankan dengan telus dan adil.

Kita juga berharap kejadian buli ini dapat dibendung dan keselamatan sekolah terpelihara.- UTUSAN

AZIZIE HASAN ialah Setiausaha Agung, Kongres Kesatuan Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (KONGRES).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN