Kes Pelatih Palapes: ATM akan beri kerjasama penuh - Mohamed Khaled

Kes Pelatih Palapes: ATM akan beri kerjasama penuh – Mohamed Khaled

MOHAMED KHALED NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berwajib sepanjang proses bedah siasat kali kedua Allahyarham Syamsul Haris, 22. 

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 26 Ogos lalu yang mengarahkan kubur Allahyarham digali semula.

Ia bagi memastikan keadilan terhadap Allahyarham  pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor itu dapat ditegakkan.

“Kementerian Pertahanan akan terus memantau perkembangan kes ini dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyempurnakan siasatan mengikut prinsip undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Sebelum ini, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Hakim Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet, memerintahkan kubur allahyarham digali semula untuk bedah siasat kali kedua. 

Sebelum ini, media melaporkan, Syamsul Haris meninggal dunia pada 28 Julai lalu di Hospital Kota Tinggi, selepas menjalani latihan di Lapang Sasar Tembakan Inokulasi Tempur, Pusat Latihan Tentera Darat (Pulada), Ulu Tiram sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Riching Ulu, Selangor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN