PETALING JAYA: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berwajib sepanjang proses bedah siasat kali kedua Allahyarham Syamsul Haris, 22. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 26 Ogos lalu yang mengarahkan kubur Allahyarham digali semula. Ia bagi memastikan keadilan terhadap Allahyarham pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor itu dapat ditegakkan. “Kementerian…