Kerley cabar hukuman pergantungan sementara

Kerley cabar hukuman pergantungan sementara

FRED Kerley. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Pelari pecut sensasi Amerika Syarikat (AS), Fred Kerley, yang juga pemenang pingat Olimpik, kini mencabar penggantungan sementara yang dikenakan terhadapnya atas dakwaan melanggar peraturan lokasi anti-doping.

Unit Integriti Olahraga (AIU) pada Selasa mengesahkan penggantungan itu selepas Kerley didakwa gagal mematuhi kemas kini lokasi ujian doping yang menjadi pelanggaransekaligus  membawa hukuman penggantungan sehingga dua tahun.

Menurut peraturan, tiga ujian doping yang terlepas atau kegagalan mengemas kini maklumat lokasi dalam tempoh 12 bulan dianggap satu kesalahan serius. 

Atlet wajib memaklumkan lokasi mereka untuk membolehkan ujian dilakukan di luar musim pertandingan.

Namun, Kerley melalui peguamnya, Howard L. Jacobs, menegaskan tuduhan itu sangat tidak wajar.

“Fred yakin satu atau lebih ujian yang dikatakan terlepas itu harus diketepikan kerana beliau tidak cuai, atau pegawai kawalan doping sendiri gagal mengambil langkah wajar untuk menemuinya di lokasi ditetapkan,” katanya.

Kerley, 30, kelahiran Texas, memenangi gangsa acara 100 meter di Olimpik Paris 2024, perak di Tokyo 2020, dan mengumpul lima pingat di empat Kejohanan Dunia terakhir. Namun, beliau menarik diri daripada Kejohanan Olahraga USA bulan lalu, mengakui “melalui tahun yang sukar.”

“Tahun 2025 penuh halangan. Masa untuk kembali ke landasan. Tiada Kejohanan USATF tahun ini. Terima kasih semua penyokong,” tulisnya di media sosial. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN