Kebangkitan Lee Zii Jia tersekat di Paris

Kebangkitan Lee Zii Jia tersekat di Paris

Lee Zii Jia tewas kepada pemain Korea Selatan, Jeon Hyeok Jin pada aksi pusingan pertama Kejohanan Badminton Dunia 2025 di Paris, Perancis, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Episod kebangkitan Lee Zii Jia yang dinanti peminat tidak menjadi kenyataan apabila jaguh perseorangan negara itu tersingkir seawal pusingan pertama Kejohanan Badminton Dunia 2025 di Paris, hari ini.

Beraksi di Adidas Arena, venue keramat yang pernah memberinya pingat gangsa Olimpik, Zii Jia gagal menemui rentak terbaik sebelum akur tunduk kepada pemain Korea Selatan, Jeon Hyeok Jin 17-21, 11-21 dalam tempoh 41 minit.

Kekalahan tersebut sekali gus menambah luka buat bekas juara All England itu yang kini jatuh ke ranking ke-52 dunia.

Sejak Mac lalu, Zii Jia memilih untuk berehat panjang bagi memulihkan kecederaan buku lali kanan selain memohon perlindungan ranking daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Kejohanan yang beliau sertai adalah Kejohanan Badminton All England yang mana beliau terkandas pusingan pertama selepas tewas kepada pemain Hong Kong, Angus Ng. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN