Jun Hao pulang awal, tunduk kepada Nishimoto

Jun Hao pulang awal, tunduk kepada Nishimoto

Leong Jun Hao tewas kepada pemain China, Li Shi Feng 20-22, 21-14, 22-20 pada aksi suku akhir Terbuka Hong Kong hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Belum rezeki Leong Jun Hao untuk melangkah jauh pada Kejohanan Badminton Dunia 2025, apabila dia terkandas di peringkat 32 terbaik dalam penampilan sulungnya di Paris, Perancis, hari ini.

Satu-satunya wakil perseorangan lelaki negara yang masih bertarung, namun, Jun Hao yang menghuni ranking ke-25 dunia itu terpaksa akur di tangan Kenta Nishimoto dari Jepun dalam perlawanan sengit 21-17, 13-21, 23-25 selama 1 jam 29 minit.

Kekalahan itu menyaksikan Nishimoto yang merupakan pemain No. 14 dunia kembali menyamakan rekod pertemuan anatara kedua-dua pemain kepada 3-3.

Pertembungan terakhir mereka, berpihak kepada Jun Hao yang melakar kemenangan straight set 21-15, 21-18 di Terbuka China, Julai lalu.

Pada peringkat 16 terbaik, Nishimoto bakal bertemu Chou Tien Chen dari Taiwan selepas pemain veteran yang menghuni ranking No. 9 dunia itu mudah menewaskan Ethan Rose dari England 21-14, 21-12. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN