Jobe Bellingham akui gusar jejak langkah abangnya di Dortmund

Jobe Bellingham akui gusar jejak langkah abangnya di Dortmund

Jobe Bellingham tiba sebelum perlawanan bola sepak suku akhir Piala Kelab Dunia FIFA 2025 antara Real Madrid dan Borussia Dortmund di Stadium MetLife, East Rutherford, New Jersey, bulan lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Jobe Bellingham mengakui dia berdepan rasa tidak tenang apabila memilih untuk mengikut jejak langkah abangnya, Jude Bellingham menyarung jersi Borussia Dortmund musim ini.

Pemain berusia 19 tahun itu menyertai Dortmund dari Sunderland pada Jun lalu, dua tahun selepas Jude meninggalkan kelab Jerman itu ke Real Madrid.

“Saya memang ada kebimbangan, terutama kerana saya masih muda.

“Namun kelab meyakinkan saya bahawa perkara ini tidak akan memberi tekanan besar kepada saya,” kata Jobe.

Katanya, keputusan untuk berhijrah ke Jerman dibuat atas pilihannya sendiri, bukan untuk meniru laluan abangnya.

Jobe membuat penampilan sulung bersama Dortmund dalam Piala Dunia Kelab di Amerika Syarikat, menjaringkan satu gol serta mencipta satu bantuan jaringan.

Menariknya, Jobe memilih untuk meletakkan namanya di belakang jersi, bukan nama keluarga bagi mengelak perbandingan terus dengan Jude.

Jude, yang kini tonggak utama England dan dianggap antara pemain terbaik dunia, hanya berpesan ringkas: “Nikmatinya,” ketika dimaklumkan Jobe akan ke Dortmund.

“Saya bukan nak jadi superstar, saya cuma mahu jadi pemain yang konsisten dan beri aksi terbaik di atas padang,” tegas Jobe.

Dortmund akan memulakan musim 2025/26 menentang Essen dalam Piala Jerman pada 18 Ogos ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN