KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan semua agar menjauhi budaya buli. Titah baginda, jangan sesekali menjadikan kelemahan orang lain sebagai bahan ejekan atau hiburan yang boleh menyakitkan hati. Sebaliknya baginda bertitah, taburkanlah kata-kata semangat yang mampu menyuburkan keyakinan kepada diri seseorang individu itu. “Dengan menolak budaya buli serta membudayakan sikap hormat dan empati, kita dapat mewujudkan suasana yang penuh keharmonian, selamat dan sejahtera untuk semua,” titah…