Hannah yakin FAM ada jalan penyelesaian

Hannah yakin FAM ada jalan penyelesaian

HANNAH YEOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkeyakinan tinggi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mampu menyelesaikan kemelut dalaman badan induk itu tanpa menjejaskan pembangunan sukan bola sepak negara.

Hannah berkata, bukan sesuatu yang pelik jika pucuk pimpinan FAM mengalami perubahan malah percaya badan induk tersebut mampu mencari jalan penyelesaian dengan baik.

“Saya tidak anggap ia satu krisis kerana mereka sudah ada pemangku (pemangku presiden) dan program semua masih sedang berjalan tetapi untuk perubahan dalam kepimpinan persatuan sukan bukan aneh, biasa berlaku dan saya yakin FAM mampu menyelesaikan ini secara dalaman.

“Mereka (FAM) hanya perlu memilih seorang presiden baharu dan saya harap mereka akan pilih seseorang yang boleh bertahan lebih lama,” katanya.

Dalam pada itu, Hannah turut berkata, beliau telah menghubungi Presiden Kehormat FAM, Tan Sri Hamidin Mohd Amin berhubung isu terbabit memandangkan terdapat beberapa projek nasional membabitkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan FAM.

“Kita ada Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) yang sedang melalui fasa transisi dari Majlis Sukan Negara (MSN) kepada FAM, selain projek Pusat Latihan Kebangsaan di Putrajaya. Saya tidak mahu sebarang gangguan terhadap projek-projek nasional sebegini,” katanya.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan FAM menafikan wujud campur tangan atau tekanan luar dalam keputusan Datuk Mohd. Joehari Mohd. Ayub melepaskan jawatan selaku presiden badan induk itu pada Rabu lalu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN