Evenepoel sah tinggalkan Soudal, sertai gergasi Red Bull-Bora

Evenepoel sah tinggalkan Soudal, sertai gergasi Red Bull-Bora

Remco Evenepoel. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Juara Olimpik dua kali, Remco Evenepoel bakal menyarung jersi baharu musim depan apabila sah menyertai pasukan Red Bull Bora-Hansgrohe bermula musim 2026.

Pengesahan itu diumumkan Soudal Quick-Step yang mendedahkan bintang berusia 25 tahun itu tidak mahu melanjutkan kontrak yang akan tamat hujung musim ini.

“Remco memaklumkan kepada pengurusan bahawa beliau tidak mahu berbincang soal lanjutan kontrak yang akan tamat hujung 2026.

“Walaupun kami kecewa dengan keputusan itu, kami akan terus berjuang untuk mencipta kenangan manis bersama sepanjang baki musim ini,” kata kenyataan rasmi Soudal.

Penyertaan pelumba sensasi Belgium itu dianggap sebagai ‘pembelian besar’ buat Red Bull-Bora yang turut menampilkan pelumba muda sensasi Tour de France, Florian Lipowitz.

Ketua pasukan, Ralph Denk menyifatkan Evenepoel sebagai lambang kekuatan fizikal dan mental yang luar biasa serta contoh atlet berjiwa juara sejati.

“Remco membawa bukan sahaja bakat luar biasa, tetapi juga mentaliti yang mengagumkan. Keazaman, profesionalisme dan semangatnya benar-benar memberi inspirasi,” kata Denk.

Evenepoel, yang pernah menjuarai Vuelta a Espana 2022 dan kini juara dunia ujian masa, juga memenangi dua pingat emas Olimpik di Paris 2024 dan tempat ketiga keseluruhan Tour de France tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN