Elak tragedi tunggakan gaji jadi drama Liga M

Elak tragedi tunggakan gaji jadi drama Liga M

PASUKAN KDA FC terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Liga Super selepas berdepan masalah tunggakan gaji musim lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Liga Malaysia (Liga M) musim 2025/2026 akhirnya membuka tirai minggu ini dan pastinya penyokong bola sepak tempatan teruja untuk kembali menyaksikan pasukan kesayangan masing-masing.

Di sebalik keterujaan ini, ada sesuatu yang perlu dijadikan iktibar iaitu mengelak daripada kancah Liga M terus dibelenggu dengan masalah tunggakan gaji agar kebajikan pemain dan kelangsungan pasukan terjamin.

Apa yang berlaku kepada beberapa pasukan musim lalu perlu dijadikan pengajaran besar oleh kelab-kelab yang mewarnai Liga M musim ini, tidak kira melibatkan Liga Super ataupun Liga A1 Semi Pro.

Masalah tunggakan gaji dan masalah pengurusan menyaksikan pasukan seperti Kedah Darul Aman (KDA) FC, Sri Pahang FC dan Perak FC tidak beraksi di Liga Super dan memilih untuk beraksi di Liga A1 Semi Pro.

Sebelum Liga M bermula musim ini, beberapa pasukan juga berdepan masalah dengan kelulusan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) termasuk Kelantan Red Warriors (Liga A1) dan The Real Warrior (Liga Super).

Pemangku Presiden Pemangku Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM), Razman Roslan berkata, Liga M saban tahun tidak pernah terlepas daripada isu gaji tertunggak dan perkara itu sukar untuk dibanteras sepenuhnya.

“Kita semua tahu masalah gaji ini memang berulang setiap tahun. Mustahil nak kata langsung tak akan berlaku. Tapi kalau boleh, biarlah ia tidak sampai 4-5 bulan gaji tertunggak,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN