Eala ukir sejarah luar biasa di Terbuka AS

Eala ukir sejarah luar biasa di Terbuka AS

Alexandra Eala dari Filipina meraikan mata perlawanan menentang Clara Tauson dari DenmarK semasa perlawanan pusingan pertama perseorangan wanita Terbuka AS 2025 di Pusat Tenis Kebangsaan USTA Billie Jean King, New York City hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Alexandra Eala mencipta sejarah luar biasa apabila menjadi pemain Filipina pertama memenangi perlawanan perseorangan Grand Slam selepas mengejutkan pilihan ke-14, Clara Tauson pada pusingan pertama Terbuka Amerika Syarikat (AS), pagi tadi.

Pemain berusia 20 tahun dari Quezon City itu bangkit daripada ketinggalan 1-5 dalam set penentuan sebelum melakar kemenangan dramatik 6-3, 2-6, 7-6 (13/11).

“Saya benar-benar teruja dengan apa yang saya capai hari ini, terutama apabila bangkit semula dalam set ketiga.

“Ia kemenangan yang sangat istimewa buat saya dan saya amat bersyukur menjadi yang pertama melakukannya untuk Filipina,” kata Eala.

Kejayaan bersejarah ini hadir selepas musim cemerlang Eala yang sebelum ini menyingkirkan juara Terbuka Australia, Madison Keys dan bekas No. 1 dunia, Iga Swiatek pada saingan Terbuka Miami, Mac lalu.

Selepas menumbangkan Tauson, Eala terus rebah ke gelanggang kerana dibanjiri emosi dan mengakui pengalaman lalu mengajarnya untuk bertahan ketika saat getir.

“Banyak faktor menjadikan kemenangan ini istimewa kerana sebelum ini saya sering tewas dalam tiebreak, jadi kali ini amat bermakna apabila berada di pihak yang menang,” katanya.

Eala turut berkongsi keterujaannya melihat rakan serantau, Janice Tjen dari Indonesia turut mencipta kejutan besar apabila menyingkirkan pilihan ke-24, Veronika Kudermetova. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN