KUALA LUMPUR – Sebanyak 100,000 penjawat awam dijangka menyertai program kerjasama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Ceupacs) bersama ECG Capital Sdn. Bhd. (ECG Capital).
Ketua Pegawai Eksekutif ECG Capital, Asward Mahadzir berkata, program keahlian TemanCare Cuepacs (TemanCare) itu merupakan sebahagian usaha memperluas jaringan perlindungan dan kebajikan kepada kakitangan sektor tersebut.
“Program ini adalah manifestasi kepada harapan Cuepacs untuk meningkatkan lagi kebajikan dan kualiti hidup penjawat awam sama ada ketia sihat atau ditimpa musibah sebagai usaha melindungi diri tanpa bergantung sepenuhnya kepada progam kebajikan yang disediakan oleh kerajaan.
“Peserta bukan sahaja dilindungi dengan pampasan kewangan takaful tetapi tetapi dapat menikmati kemudahan konsultansi doktor atas talian secara percuma selain diskaun perbelanjaan melalui lebih 50 rakan niaga berdaftar serta program saringan kesihatan secara percuma setiap tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Aswad lagi, penjawat awam ditawarkan perlindungan takaful hayat sehingga RM500,000 yang ditaja jamin oleh Takaful Ikhlas Family Berhad (TIFB) disamping pelbagai manfaat keahlian lain dengan caruman bulanan bermula serendah RM25.-UTUSAN









