GEJALA buli dalam kalangan masyarakat, khususnya remaja semakin membimbangkan. Perbuatan yang merangkumi ejekan, penghinaan, kekerasan fizikal serta ugutan ini bukan sahaja melanggar undang-undang negara, malah bercanggah dengan ajaran Islam. Berkongsi pandangan bersama Mingguan Malaysia, bekas Pensyarah Bahasa Arab, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Mohd. Ali Abdullah, 61, berkata, buli sememangnya dilarang kerana ia melibatkan persoalan seperti maruah, harta benda, darah dan keturunan. Menurutnya, ulama terdahulu ada menegaskan bahawa Islam mengajar…