Basikal kena curi ganggu fokus Visma

Basikal kena curi ganggu fokus Visma

PASUKAN berbasikal profesional, Visma Lease a Bike dilaporkan mengalami kerugian besar selepas beberapa basikal mereka dicuri di Turin baru-baru ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TURIN: Pasukan berbasikal profesional, Visma Lease a Bike berdepan kejadian malang apabila beberapa basikal mereka dicuri selepas trak mekanik dipecah masuk pada saingan Vuelta a Espana.

Insiden itu berlaku hanya sehari selepas pelumba utama mereka, Jonas Vingegaard, muncul juara peringkat kedua sekali gus menyarung jersi merah selaku pendahulu keseluruhan.

“Trak mekanik kami telah dipecah masuk malam tadi (kelmarin) dan beberapa basikal dicuri.

“Mekanik sedang berusaha keras memastikan pasukan bersedia sepenuhnya untuk peringkat ketiga, manakala pihak polis sudah memulakan siasatan,” kata Visma menerusi kenyataan.

Akhbar Itali, Gazzetta dello Sport melaporkan Visma kehilangan 18 basikal dengan nilai keseluruhan dianggarkan mencecah 250,000 Euro (RM1.2 juta).

Pasukan lain yang menginap di hotel sama berhampiran Turin iaitu Movistar dan Lidl-Trek dilaporkan tidak terjejas dalam insiden tersebut.

Kecurian itu nyata memberi tekanan tambahan kepada Visma yang perlu segera mencari penyelesaian menjelang peringkat ketiga sejauh 134.6 kilometer (km) di wilayah Piedmont.

Insiden mengejutkan itu turut menimbulkan persoalan tentang tahap keselamatan perlumbaan berprestij tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN