Arif-Roy King lakar kejayaan sulung di Terbuka Macau

Arif-Roy King lakar kejayaan sulung di Terbuka Macau

ARIF-Roy King dijadual berdepan pasangan kembar Taiwan, Lee Fang Chih-Lee Fang Jen pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2026 di Ningbo, China bermula 7 hingga 12 April ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu lelaki negara, Arif Junaidi-Yap Roy King menggondol gelaran sulung dalam Jelajah Dunia selepas mengejutkan pasangan No. 8 dunia, Sabar Karyaman-Moh Reza Pahlevi Isfahani pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Macau di Macau, hari ini.

Gandingan yang menghuni ranking ke-24 dunia itu membenam beregu Indonesia yang diletakkan selaku pilihan pertama menerusi kemenangan straight set 22-20, 21-18 dalam masa 1 jam 20 minit.

Arif-Roy King yang belum pernah merangkul sebarang gelaran sejak digandingkan bersama membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$29,230 (RM125,031) beserta pingat emas.

Kejayaan tersebut juga menyaksikan Arif-Roy King merapatkan rekod pertemuan dengan Sabar-Moh Reza kepada 2-3.

Kali terakhir beregu Malaysia merangkul gelaran di Terbuka Macau ialah pada 2013 menerusi Hoon Thien How-Tan Wee Keong.

Ini bermakna kejayaan yang diukir Arif-Roy King telah menamatkan kemarau gelaran selama 12 tahun beregu Malaysia di Terbuka Macau yang merupakan kejohanan berstatus Super 300. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN