Arif-Roy King lakar kejayaan sulung di Terbuka Macau

Arif-Roy King lakar kejayaan sulung di Terbuka Macau

ARIF-Roy King mengejutkan pasangan No. 8 dunia, Sabar Karyaman-Moh Reza Pahlevi Isfahani pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Macau di Macau, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu lelaki negara, Arif Junaidi-Yap Roy King menggondol gelaran sulung dalam Jelajah Dunia selepas mengejutkan pasangan No. 8 dunia, Sabar Karyaman-Moh Reza Pahlevi Isfahani pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Macau di Macau, hari ini.

Gandingan yang menghuni ranking ke-24 dunia itu membenam beregu Indonesia yang diletakkan selaku pilihan pertama menerusi kemenangan straight set 22-20, 21-18 dalam masa 1 jam 20 minit.

Arif-Roy King yang belum pernah merangkul sebarang gelaran sejak digandingkan bersama membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$29,230 (RM125,031) beserta pingat emas.

Kejayaan tersebut juga menyaksikan Arif-Roy King merapatkan rekod pertemuan dengan Sabar-Moh Reza kepada 2-3.

Kali terakhir beregu Malaysia merangkul gelaran di Terbuka Macau ialah pada 2013 menerusi Hoon Thien How-Tan Wee Keong.

Ini bermakna kejayaan yang diukir Arif-Roy King telah menamatkan kemarau gelaran selama 12 tahun beregu Malaysia di Terbuka Macau yang merupakan kejohanan berstatus Super 300. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN