KUALA LUMPUR: Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) kini dalam usaha membangunkan empat aplikasi digital khas yang bakal dilancarkan pada musim akan datang bagi memastikan perkhidmatan pengurusan ibadah haji lebih telus dan efisien. Pengarah dan Penasihat Undang-undang Andalusia, Ida Riswana Idris berkata, antara inovasi itu termasuk Super Apps Komuniti Jemaah yang berfungsi sebagai pusat maklumat, komunikasi dan pemantauan secara langsung sepanjang jemaah berada di Tanah Suci. “Insya-Allah dengan adanya…