KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati terdapat 12 penemuan percanggahan dalam sembilan prosiding berkaitan penjualan dan pembangunan tanah oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sehingga berlakunya pembangunan tidak terkawal. Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pihaknya telah merumuskan 12 perkara utama dalam penemuan sepanjang prosiding berlangsung. Beliau berkata, peranan Lembaga Penasihat Bandar Raya adalah terhad sebagai penasihat di bawah Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 (Akta 190]) dan tidak…