Usyk sedia tumbangkan Dubois sekali lagi

Usyk sedia tumbangkan Dubois sekali lagi

Tyson Fury dari Britain (merah) dan pemain Ukraine, Oleksandr Usyk (biru) bersaing semasa perlawanan timbal balik kejuaraan dunia heavyweight di Arena Kingdom di Riyadh, Arab Saudi pada 22 Disember lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Oleksandr Usyk menepis dakwaan bahawa faktor usia bakal menjejaskan peluangnya dalam pertarungan menentang Daniel Dubois, esok.

Juara dunia Persatuan Tinju Dunia (WBA) itu berusia 38 tahun yang mana 11 tahun lebih tua berbanding Dubois yang memegang tali pinggang Persekutuan Tinju Antarabangsa (IBF).

“Ini pendapat anda? Mungkin, saya tak tahu. Saya tak rasa tergugat.

“Saya hormati lelaki muda ini, dia bermotivasi tapi saya juga. Saya bukan orang tua. 38 bukan tua, kita tengok Sabtu nanti,” kata Usyk.

Kedua-dua mereka pernah bertarung pada 2023 di Poland dengan Usyk menang Technical Knock Out (TKO) pusingan kesembilan.

Dubois kini menang tiga pertarungan berturut-turut sejak tewas kepada Usyk, termasuk ke atas Anthony Joshua di Wembley.

“Saya mahu tulis skrip sendiri, menangi semua tali pinggang dan jadi raja dunia.

“Saya tahu apa perlu dibuat. Saya singa muda dan sudah bersedia untuk ambil alih dan tamatkan riwayatnya,” kata Dubois. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN