DARIPADA seorang pendidik, Dr. Mohamad Yusri Bakir, 54, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Yusri menyertai politik sehingga menjadi wakil rakyat selepas menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning dalam Parlimen Tapah pada April lalu. Beliau meletak jawatan sebagai Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh untuk bertanding dalam PRK Ayer Kuning dan memberikan khidmat untuk masyarakat DUN Ayer Kuning. Wakil rakyat Barisan Nasional (BN)…