Tuk Tak! Tuk Tak! Shreettt! Tuk Tak! Tuk Tak! Shreettt! Masih saya ingat bunyi itu. Bunyi yang telah membuatkan saya terjaga daripada tidur tatkala jam di dinding menunjukkan pukul 4 pagi. Tak lama lagi, beduk di surau akan bergema di seluruh pelosok kampung menandakan masuknya waktu Imsak. Tuk Tak! Tuk Tak! Shreettt! Tuk Tak! Tuk Tak! Shreettt! Mata saya tidak lagi terasa berat dek ‘irama’ ketukan dan lerekan itu. Rasa kantuk saya juga serta merta hilang. Dingin subuh langsung tidak memberatkan tubuh saya untuk tidak bangun daripada ranjang. Perlahan-lahan, saya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya