Sze Fei-Izzuddin tersungkur awal

Sze Fei-Izzuddin tersungkur awal

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani tewas kepada pasangan Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Kim Dong Ju 21-15, 15-21, 17-21 pada aksi pusingan pertama Terbuka China di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik Beijing, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hasrat beregu No. 3 dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani untuk mempertahankan gelaran Terbuka China lebur selepas tersingkir seawal pusingan pertama, sebentar tadi.

Turun selaku pilihan utama di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik Beijing, mereka dikejutkan oleh pasangan Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Kim Dong Ju yang menghuni ranking ke-40 dunia.

Aksi sulung antara kedua-dua pasangan itu berlangsung sengit selama 56 minit sebelum dimenangi wakil Korea 15-21, 21-15, 21-17.

Kekalahan itu menjadi tamparan berganda buat Sze Fei-Izzuddin yang sebelum ini turut gagal mempertahankan kejuaraan Terbuka Jepun pada Ahad lalu.

Kekalahan itu turut merencatkan momentum beregu profesional negara menjelang Kejohanan Dunia di Paris, Perancis pada 25 Ogos hingga 1 September ini.

Min Hyuk-Dong Ju bakal membuat perhitungan di pusingan kedua esok menentang gandingan Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard dalam saingan bertaraf Super 1000 itu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN