Sinner batal sesi latihan, alami kecederaan siku

Sinner batal sesi latihan, alami kecederaan siku

JANNIK Sinner ketika dia menerima rawatan perubatan semasa perlawanan tenis pusingan keempat perseorangan lelaki menentang pemain Bulgaria, Grigor Dimitrov pada Kejohanan Tenis Wimbledon 2025 di The All England Lawn Tennis and Croquet Club di Wimbledon, Isnin lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Hasrat Jannik Sinner memburu gelaran sulung Wimbledon berdepan tanda tanya selepas bintang Itali itu membatalkan sesi latihan semalam akibat kecederaan siku.

Pemain No. 1 dunia itu mengalami kecederaan selepas terjatuh dalam permainan pertama ketika menentang Grigor Dimitrov pada pusingan keempat, Isnin lalu.

Sinner ketika itu ketinggalan dua set sebelum Dimitrov menarik diri akibat kecederaan otot dada, sekali gus memberi laluan percuma buat Sinner ke suku akhir.

Namun, kelibat juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) dan Terbuka Australia itu berisiko tidak kelihatan lagi sekiranya kecederaannya serius.

“Saya dapat rasa sesuatu selepas jatuh itu. Kami akan buat imbasan MRI (pengimejan resonans magnet) untuk periksa keadaannya,” kata Sinner.

Pemenang tiga gelaran Grand Slam itu dijadual menentang pilihan ke-10 dari AS, Ben Shelton di gelanggang satu 9.30 malam ini.

Keputusan imbasan dijangka menentukan sama ada Sinner mampu meneruskan kempen Wimbledon atau terpaksa menarik diri.

Kecederaan ini hadir pada saat getir ketika dia dilihat antara calon utama merebut trofi di All England Club tahun ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN