PELANCARAN roket oleh syarikat SpaceX berhampiran Pantai Bagdad di utara Tamaulipas, Mexico turut menggugurkan ratusan serpihan yang mencemarkan kawasan sekitar serta lokasi perlindungan penting bagi spesies penyu laut terancam. Sejak November 2024, sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Conibio Global memikul tugas berat membersihkan sisa pelancaran yang mendarat di kawasan tersebut, termasuk kepingan plastik cair, aluminium, getah, paip logam, pelekat biru dan bahan lain yang dipercayai datang dari roket SpaceX. Menurut Pengasas Conibio Global, Jesus Elias Ibarra, beliau menyaksikan sendiri pelancaran SpaceX pada November lalu, termasuk insiden di mana penggalak roket jatuh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya