SEMPORNA: Sembilan lelaki dewasa berjaya diselamatkan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah selepas bot yang mereka naiki mengalami kebocoran di perairan Pulau Sebangkat, Sabtu lalu. APM Sabah dalam kenyataan berkata panggilan kecemasan diterima pada jam 11.37 pagi sebelum satu pasukan Skuad Bravo terdiri daripada empat anggota dikerahkan ke lokasi kejadian. “Sebaik tiba, anggota kami mendapati tiga mangsa masih berada di dalam bot, manakala enam lagi berada di permukaan air dan berpaut pada bot tersebut,” katanya. Kesemua enam mangsa yang berada di air dipindahkan ke bot pasukan sebelum kesemua mereka diserahkan kepada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya