TANGKAK: Seorang remajat maut selepas motosikal ditunggangi melanggar sebuah lori di Kilometer 166.1 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan di sini awal pagi semalam. Menurut Ketua Polis Daerah Tangkak, Superitendan Roslan Mohd Talib, pihaknya menerima laporan kemalangan tersebut pada kira-kira pukul 1.25 pagi. Beliau berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila remaja terbabit berusia 15 tahun terlanggar lori sedang bergerak di laluannya. “Akibat kemalangan, penunggang terbabit mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dada. Remaja terbabit meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialami,” katanya dalam kenyataan. Roslan berkata, kes disiasat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya