Piala tak dapat, kawalan pun melayang

Piala tak dapat, kawalan pun melayang

JURULATIH Paris Saint-Germain (PSG), Luis Enrique (kiri) merangkul wajah penyerang Chelsea, Joao Pedro (kanan) semasa perlawanan akhir bola sepak Piala Dunia Kelab FIFA 2025 antara Chelsea dan PSG di Stadium MetLife, East Rutherford, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

EAST RUTHERFORD: Penyerang Chelsea, Joao Pedro mendakwa pemain Paris Saint-Germain (PSG) hilang kawalan selepas perlawanan akhir Piala Dunia Kelab yang menyaksikan Chelsea menang bergaya 3-0, awal pagi tadi.

Insiden tegang tercetus sejurus tamat permainan di Stadium MetLife apabila Pedro bertelagah dengan dua pemain PSG, Gianluigi Donnarumma dan Achraf Hakimi, serta bos mereka, Luis Enrique.

“Saya tak perlu cakap banyak tentang mereka (PSG). Semua orang mahu menang, tapi saya rasa mereka hilang kawalan.

“Tapi inilah bola sepak. Sekarang masa untuk kami raikan kejayaan, kami menang kejohanan ini, itu sahaja yang penting,” kata Pedro.

Pertelingkahan itu menyusul selepas Joao Neves dari PSG dibuang padang minit ke-85 kerana menarik rambut pemain Chelsea, Marc Cucurella.

Luis Enrique dilihat turut terlibat dalam kekecohan apabila cuba campur tangan dan didakwa mengangkat tangan ke arah Pedro dalam kekecohan tersebut.

Bagaimanapun, jurulatih Sepanyol itu menafikan tindakan beliau ke atas Pedro.

Menurut Enrique, tekanan tinggi dalam perlawanan akhir menyebabkan situasi di luar kawalan, namun ia sesuatu yang perlu dielakkan oleh semua pihak.

“Niat saya hanyalah untuk meleraikan pemain supaya keadaan tidak menjadi lebih buruk,” kata Enrique. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN