Perbuatan isteri yang boleh sebabkan nusyuz
SOALAN
Apakah perbuatan seorang isteri yang boleh dikatakan nusyuz kepada suami? Apakah hukumnya perbuatan nusyuz di sisi Islam?
– Isteri ingin tahu
JAWAPAN
Nusyuz adalah pelanggaran tata cara rumah tangga yang menyebabkan isteri tidak berhak menerima nafkah kerana melanggari kontrak nikah seperti keluar rumah tanpa izin dan tidak melayani tuntutan batin suami tanpa sebab-sebab yang munasabah dengan alasan malas dan sebagainya.
Sering tukar tempat untuk solat sunat di masjid, surau
SOALAN
Saya sering melihat jamaah di surau atau masjid bertukar-tukar tempat sembahyang terutama sembahyang sunat. Apakah hukumnya perbuatan tersebut?
– Fazli
Kota tinggi
JAWAPAN
Hukum berpindah-pindah tempat solat adalah digalakkan untuk tempat solat dan mendapat barakahnya.
Wirid dan zikir selepas solat
SOALAN
Apakah zikir-zikir yang boleh dibaca selepas menunaikan solat fardu atau solat sunat?
– Kasim
Arau
JAWAPAN
Pelbagai zikir yang boleh dilakukan selepas solat fardhu atau sunat seperti istighfar, tasbih, tahmid, tahlil dan sebagainya yang datang daripada Baginda Nabi.
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]