PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri yang dijangka berlarutan sehingga pukul 12 tengah hari ini.
Dalam satu kenyataan, MetMalaysia berkata, tiga negeri itu membabitkan Perak, Pahang dan Sabah.
“Di negeri Perak antara kawasan yang terjejas adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama
“Selain itu, bagi negeri Pahang pula adalah Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin dan negeri Sabah, kawasan yang terjejas adalah Sandakan (Beluran) dan Kudat (Pitas dan Kudat) sehingga 12:00 tengah hari ini,” katanya hari ini.
Tambahnya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – UTUSAN