Pei Kee-Mei Xing cipta kejutan, Man-Tee turut mara ke suku akhir

Pei Kee-Mei Xing cipta kejutan, Man-Tee turut mara ke suku akhir

BEREGU Wanita negara, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing mara ke suku akhir pada Kejohanan Badminton Terbuka China di Jiangsu, China, hari ini.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sentuhan ketua jurulatih beregu wanita Malaysia, Rosman Razak semakin menjadi, selepas gandingan No. 2 negara, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing mencipta kejutan mara ke suku akhir pada Kejohanan Badminton Terbuka China di Jiangsu, China, hari ini.

Pada peringkat 16 terbaik, Pei Kee-Mei Xing yang menghuni ranking ke-22 dunia mengejutkan beregu No. 8 dunia, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi dari Jepun 26-24, 7-21, 21-18 dalam masa 1 jam 3 minit.

Kedua-dua beregu itu belum pernah bertembung dalam mana-mana kejohanan antarabangsa dan kemenangan Pei Kee-Mei Xing, hari ini, menyaksikan mereka kini memegang rekod pertemuan 1-0 ke atas Iwanaga-Nakanishi.

Pei Kee-Mei Xing belum pernah melangkah sejauh suku akhir pada kejohanan berstandard Super 1,000 dan kemenangan itu bakal menemukan mereka dengan beregu tuan rumah, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian yang menghuni ranking No. 7 dunia, esok.

Berdasarkan rekod pertemuan, Pei Kee-Mei Xing tidak pernah mencatat kemenangan ke atas Yi Fan-Shu Xian daripada tiga perlawanan terdahulu yang kesemuanya berlangsung pada tahun ini.

Sememangnya tidak dinafikan prestasi Pei Kee-Mei Xing meningkat dengan ketara sejak Rosman dilantik selaku jurulatih beregu wanita, awal tahun ini.

Menyaksikan persembahan positif dipamerkan Pei Kee-Mei Xing, sekurang-kurangnya gandingan No. 1 Malaysia, Pearly Tan-M. Thinaah yang kini menghuni ranking No. 3 dunia tidak lagi berjuang bersendirian.

Situasi yang jarang sekali berlaku terutamanya pada kejohanan Super 1,000, esok, Malaysia mempunyai dua wakil dalam saingan beregu wanita selepas Pearly-Thinaah turut mara.

Sementara itu, dalam aksi beregu lelaki, pertembungan sesama sendiri berkesudahan Man Wei Chong-Tee Kai Wun menewaskan Nur Mohd Azriyn Ayub Azriyn-Tan Wee Kiong 17-21, 21-17, 21-19 dalam masa 57 minit.

Pasangan No. 7 dunia itu buat kali ketiga akan bertembung rakan senegara dan kali ini beregu No. 2 dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula yang menjadi pencabar mereka di peringkat lapan terbaik.

Pada pusingan awal, Wei Chong-Kai Wun menewaskan Arif Junaidi-Yap Roy King, semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN