Pedrosa banyak pengaruhi tunggangan Marquez

Pedrosa banyak pengaruhi tunggangan Marquez

MARC Marquez ketika menjuarai Grand Prix (GP) Republik Czech, minggu lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Juara dunia lapan kali dan pendahulu kejuaraan MotoGP, Marc Marquez mengakui dia cuba untuk menggabungkan gaya tunggangan Dani Pedrosa ke dalam gayanya sendiri di awal kemunculannya dalam saingan kelas perdana itu.

Marquez bergandingan dengan Pedrosa dalam pasukan pengilang Honda di MotoGP bermula pada 2013 sehingga tahun rakannya itu bersara lima tahun kemudian.

“Saya banyak belajar daripada Dani Pedrosa kerana dia adalah rakan sepasukan dan dia adalah orang yang paling banyak saya pelajari tentang cara menunggang motosikal MotoGP, apa yang perlu dilakukan untuk menjadi pantas.

“Dani ada kekurangan, iaitu dari segi ketinggian dan kekuatan fizikal.

“Saya cuba menunggang seperti dia tetapi dengan lebih kekuatan dan sedikit lebih agresif. Itu sahaja, saya cuba tiru gaya itu, kerana dia yang menunggang motosikal saya ketika itu,” kata Marquez.

Tambah Marquez, terdapat elemen perlumbaan yang turut cuba diambil daripada pesaing lain yang pernah dihadapinya.

“Saya belajar untuk menguruskan perlumbaan seperti mana Valentino (Rossi) menguruskannya dan cuba melakukan ‘mod tukul’ seperti yang dilakukan oleh Lorenzo.

“Tetapi anda tidak boleh meniru sepenuhnya seorang pesaing, anda harus cuba mendekati kekuatan mereka tetapi tetap menunggang dengan cara anda sendiri,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN